Monday, October 25, 2010

Daging Korban Untuk Orang Kafir

Soalan: Adakah daging korban boleh diberikan kepada orang kafir? –Ajk Masjid Wak Tanjong-

Untuk menjawab soalan di atas adalah lebih baik jika kita lihat dahulu dalil-dalil dan nas-nas dari Al-Quran dan Hadith berkenaan pembahagian daging qurban. Kemudian kita meniliti kata-kata ulama’ yang mengistinbath hukum dari nas-nas ini.

Di dalam surah Al-hajj, Allah s.w.t berfirman:

28. Dengan Yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin.


36. dan berilah (bahagian Yang lain) kepada orang-orang Yang tidak meminta dan Yang meminta

Dan Rasulullah s.a.w bersabda:

((كلوا وتصدقوا وادخروا))

"Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan" - [Hadith riwayat al-Bukhaari].

Maka kita lihat dari dalil-dalil di atas, daging korban boleh di-:

1)Makan (Oleh pelaksana korban & ahli keluarganya)

2)Disedekahkan/berikan kepada orang (tidak dihadkan kepada yang Islam atau bukan Islam)

3)Simpan (Untuk kegunaan lain selain dijualkan)

Merujuk kepada soalan adakah daging korban boleh diberikan atau kita menjamukan orang kafir, kita lihat di situ tiada ditentukan bahawa daging korban harus disedekahkan atau dihadiahkan hanya kepada orang Islam sahaja. Terpulang kepada pelaksana korban untuk memberi daging korban yang disembelihnya. Untuk menguatkan lagi pendapat ini, saya mengemukakan komentar Dr.Abdullah AL-Faqih:

Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga, jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al-Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman." [sumber : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ ... on=FatwaId

Syeikh ibnu Uthaimin(bekas Mufti Saudi) didalam fatwanya berkata:

"Adalah dibolehkan untuk memberi orang kafir daging korban atas nama sedekah selama mana orang kafir ini bukan dari kalangan mereka yang membunuh orang Islam. Jika mereka adalah salah seorang yang membunuh orang Islam maka tidak boleh diberikan mereka apa-apa, sebagaimana firman Allah swt :-

'Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.' [Surah : al-Mumtahanah 8-9]". - [Fataawa al-Shiekh Ibn Utsaimin, 2/663]

Memandangkan yang bertanya adalah para Ahli jawatankuasa Masjid Wak Tanjong yang ingin menjamu non-muslims ketika aktiviti ibadah korban tahun ini, maka saya mencadangkan agar para ajk yang terlibat dengan aktiviti korban mengambil perhatian di atas beberapa scenario yang mungkin berlaku:

1) Pastikan dahulu bahagian daging yang ingin dimasak dan dijamukan kepada tetamu-tetamu non-muslims itu. Siapa pelaksana yang dimasak daging korbannya dan pastikan si pelaksana tahu bahawa dagingnya itu dimasak untuk dijamukan tetamu-tetamu ini. Jika si pelaksana itu mendermakan sebahagian dari daging korbannya untuk masjid, lebih baik dimaklumkan kepada pelaksana yang menderma.

2) Pastikan non-muslims yang datang tidak turut serta dalam barisan pengagihan daging korban bagi kaum muslimin kerana majoriti yang beratur adalah orang awam & tidak semua individu Muslim di singapura tahu bahawa Islam membenarkan pemberian daging korban kepada orang bukan Islam. Mungkin timbul kekecohan dari golongan muslim sendiri yang mungkin tidak dapat bahagian mereka memandangkan kuantiti daging korban adalah terhad.

3) Akhir sekali untuk mengelak kekecohan juga seperti yang disebut di atas pihak ajk harus pastikan kaum Muslim terlebih dahulu mendapatkan daging korban, kemudian barulah boleh diteruskan acara untuk menjamu non-muslims seperti mana yang dirancang.

Wallahu Musta’an

Saturday, November 21, 2009

Suatu nilai yang kian pudar dimakan zaman…

Cinta Rasulullah pada Ummat

Cinta itu boleh menimbulkan rasa yang amat sangat.Bayangkan kerisauan & rasa cinta Rasulullah akan ummatnya.

Nabi saw. membaca firman Allah tentang Ibrahim as.:

Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Qs. Ibrahim [14]: 36)

dan perkataan ‘Isa as.: Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. Al-Mâ’idah [5]: 118),

Lalu beliau mengangkat kedua tangannya dan berkata: “Ya Allah, umatku, umatku...”, lalu beliau menangis. Lalu Allah berkata kepada Jibril: “Wahai Jibril, pergi dan temui Muhammad dan tanyakan kepadanya: Apa yang membuatmu menangis? Lalu Jibril menemuinya dan bertanya kepadanya, lalu Nabi memberitahukan penyebab dia menangis. Kemudian Jibril mengabarkan hal itu kepada Tuhannya, dan Dia Maha Tahu. Lalu Allah berkata kepada Jibril: “Hai Jibril, temui Muhammad, dan katakan: Kami akan membuatmu menjadi ridha (gembira) tentang umatmu dan tidak akan melakukan hal yang membuatmu bersedih.” (Hadtis Sahih).

Ulama mewarisi sifat Nabi

Hanya Rasulullah s.a.w Insan yang sempurna. Selepas beliau datang para sahabat kemudian tabi’in & kemudian tabi’ tabi’in(Generasi Salafus Soleh). Mereka tidak sempurna seperti Rasulullah s.a.w. Tetapi kerana mewarisi sebahagian sifat Nabi yang sempurna, Allah s.w.t mengi’tiraf mereka di dalam AlQuran dan menjanjikan mereka Syurga.

"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar". (QS. At-Taubah 9:100)

Selepas Generasi Salafussoleh, warisan sifat Rasulullah s.a.w mengalir pada perjuangan para Ulama’. Setiap ruang akal mereka berfikir, setiap bahagian lisan mereka menyampaikan, setiap urat tangan mereka menulis, semua demi menghasilkan sesuatu untuk Generasi seterusnya. Jika ini tidak berlaku ,maka tidur mereka pada malam itu berselimutkan kerisauan menggantikan mimpi yang melenakan.

“Alah Ustaz, Ma’ruf lah kalau stiap kali dengar azan, sunnah untuk kita sahut dengan panggilan yang sama..” kata seorang pelajar.

Memang Ma’ruf, tetapi jika tidak kerana usaha murni Imam Bukhari membukukan hadith itu,tidak mungkin kita mengetahuinya!!

Manusia mula Rakus


Peredaran zaman tidak mendekatkan insan dengan Tuhan. Kepentingan diri mengatsai segalanya. Konsep “Mu’min bagaikan satu bangunan yang kukuh” hampir pupus. Konsep “Mu’min bagaikan satu tubuh badan” tiada realisasi. Cari makan perut kenyang, biar orang susah asal kita senang. Mati sendiri kubur sendiri, erti hidup bukan pada memberi. Itu slogan perjuangan masing-masing. Materialistik,Hedonistik…apa saja nama baginya, Hati manusia semakin diselaputi noktah hitam.

Siapa akan menyelamatkan generasi seterusnya? Apa nilai-nilai yang akan ada bagi mereka kelak?

Soalan yang masih lagi menantikan jawapan…

Ubat Hati

Setiap penyakit datang dari puncanya.Jika puncanya tidak diubati maka segala usaha lain adalah sia-sia. Punca manusia pada hati.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dekatilah para Ulama’. Dekatilah orang soleh. Hadiri majlis Ilmu. Para Ulama’ tidak hanya mempunyai Riwayat sanad bacaan AlQuran & Hadith. Tetapi mereka juga mensanadkan Akhlaq Rasulullah s.a.w. Setiap pergaulan itu pasti memberi kesan bagi kita selagi mana kita berusaha mendekati & menghargai mereka.

Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap. (Shahih Muslim No.4762)

Tanam Sesuatu!

"Jika Kiamat tiba sedang di tangan kalian ada satu biji kurma,
Jika kalian masih sempat menanamnya maka tanamlah"( Imam Ahmad dalam Musnad nya)

Tanaman simbol warisan. Mungkin bukan kita yang menuai hasil tetapi orang lain ataupun anak cucu kita yang dapat memperolehinya. Itu fungsi & konsep benih. Boleh diusahakan oleh seseorang pada suatu masa sterusnya diwarisi untuk keperluan orang lain yang mungkin hidup selepasnya.

Mungkin apa yang kita tanam nampak kecil,tetapi ia mulia di sisi Allah s.w.t. Konsep “Multi level marketing” ada di dalam Islam. Lebih ramai orang beroleh hasil dibawah,lebih banyak pahala diperolehi.



"Barangsiapa membuat sunnah yang baik dalam Islam, maka dia akan mendapatkan pahalanya sendiri dan pahala orang yang melakukannya sesudahnya, tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka dan barangsiapa membuat sunnah yang buruk dalam Islam, maka dia akan mendapatkan dosanya sendiri dan dosa orang yang melakukan sesudahnya, tanpa mengurangi sedikit pun dari dosa mereka" (Ditakhrij oleh Muslim dalam Shahih-nya).

Fikirkanlah akan apa nanti buah-buahan Ilmu, Bunga-bunga Akhlaq, Sayur-sayuran Ukhuwwah yang akan generasi seterusnya peroleh.Ataupun kita meninggalkan mereka tanah kering kontang yang gersang, membuat mereka mati kelaparan.

Saturday, October 4, 2008

Nasihat dari Abah..bekalan buat aku dan teman2 di perantauan..

Jam 1.57 p.m..cairo..di rumah..raba’ah..

Hari Raya ke 3..bosan,,kerana tidak berhari raya bersama keluarga,bukan tidak redha,Cuma menerangkan keadaan..

Seperti biasa tiada solusi lain untuk melayan perasaan bosan…mendekatkan diri kepada Allah? Hmmm…mungkin ke laptop dulu..wasilah mungkin..

Seperti biasa membuka nasyid menjenguk siapa yang online..eh..family ku online?tapi hari raya pertama baru webcam…

Mahfuz: Salam..

Family:waalaikum salam

Mahfuz:Siapa tenga online ni?kakak eh?

Family:Abah

Mahfuz:Siape ade kat rumah?semua tenga buat ape?

Family:Semua ade,tenga siap nak pergi rumah mak long

Dialog berterusan..abah memberitahu dia sedang mengarang bukunya yang terbaru,usul fiqh.Tiba-tiba..

Family: apis, abah tidak mahu apis jadi setakat ustaz kerana spore dah banyak ustaz, abah mahu apis jadi seorang ulama.

Aku menelan air liur..

Mahfuz:Ape ciri ulama’ di s’pura?

Family: kita perlukan seorang yang mampu berhujjah dengan ilmiah bukan berdalil

Aku faham seorang yang hanya mampu ber dalil…berhujjah?

Mahfuz:Beza berdalil dengan berhujjah?

Family: yang tahu ajar tafsir banyak tapi yang mampu tak ada

yang ajar fiqh banyak yang mampu istinbath fiqh tak ada

yang ajar hadis banyak, yg mampu menilai hadis tak ada

Wow..macam mane aku baru perasan perkara ni ye..aku ingin terus mendengar

Family: seorang ulama tidak perlu bekerja mengharapkan gaji dari orang, abah telah sediakan wadah utk apis mendapatkan keperluan hidup.

Family: apis juga cuba belajar menjadi seorang penulis yang baik, kerana dakwah secara menulis boleh sampai kemana-mana..

Mahfuz: ok...apis take note semua yang abah cakap.and apis jadikan pendorong kat sini

Ku sangkakan nasihat habis di situ….

Family: apis cuba kuasai ilmu alat, apabila kita dapat kuasai ilmu alat yg lain boleh kita dapatkan melalui bacaan.

Mahfuz: cuma apis tak tahu ilmu alat mana nak start and kuasai dulu..

Family: abah tahu, ilmu alat sangat susah utk dikuasai, tapi yg susah didapati akan bermanfaat pada masa depan. apis ingat, menuntut ilmu adalah jihad, jihad bukan jln yg senang.

Family: bermula dgn nahu & saraf

Mahfuz: ok.

Family: kemudian ulumul quran

kemudian ulumul hadis

Mahfuz: ok

Family: kemudian usuludin-akidah

kemudian usul fiqh

apabila apis dpt kuasai itu semua, pasti apis akan Berjaya…

Mahfuz: ok…Amin…apis take note semua abah cakap..

Bukan setakat di situ…abah menambah lagi pesanannya..

Family: kuncinya adalah faham, jgn belajar kerana mahu lulus walau kelulusan adalah penting tapi kelulusan tanpa faham tiada gunanya

Family: abah akan doakan…apa-apa apis tak faham bleh tanya

Mahfuz: i'Allah..

Family: apis boleh mula dgn membeli buku-buku tersebut cuba baca, apabila tidak faham cari guru yg boleh fahamkan.

Mahfuz: alhamdulillah..buku kat sini banyak dan murah2..ok..

Family: oklah apis, abah nak siap, ada apa-apa problem kasi tau

Mahfuz: ok abah..terima kasih banyak..

Family: wassalam

Mahfuz: kirim salam semua..waalaikumsalm..

Allahuakbar!Satu tempoh dialog yang singkat..tapi Allah s.w.t menetapkan aku mendapatkan nasihat dari Abahku yang pernah dahulu berkeadaan sepertiku menuntut ilmu di perantauan…

Jika aku mahu mensyarah setiap point nasihat yang Abah beri tadi…sudah tentu panjang lebar…tetapi aku membiarkan pembaca membuat interpretasi..yang berada di dalam dunia menuntut ilmu dan dakwah sudah tentu faham akan kata-kata Abah.Berhenti sedetik..Lihat keadaan kita sekarang dan masa depan dakwah di singapura..Muhasabah diri..